BALIK PULAU: Polis menyita sebanyak 50 motosikal dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata operasi tiga jam bermula 2 pagi itu bagi membendung samseng jalanan dan membanteras kegiatan mat rempit.
Beliau berkata operasi itu dijalankan oleh dua pegawai dan 18 anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Barat Daya bersama seorang pegawai dan 14 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.
"Sebanyak 50 buah motosikal telah disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986 dan sebuah motosikal dirampas serta disiasat di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1986 kerana memalsukan nombor pendaftaran.
"Dalam operasi itu, pihak polis turut mengeluarkan sebanyak 144 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi itu juga katanya bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan dan kenderaan mereka mengikut spesifikasi ditetapkan.
"Pihak polis bersama JPJ akan menjalankan operasi seperti itu dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan samseng jalanan yang sering mengganggu ketenteraman awam dan berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Operasi tiga jam bermula 2 pagi itu bagi membendung samseng jalanan dan membanteras kegiatan mat rempit. - Gambar/ PDRM
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak
Kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Koperal polis cedera dilanggar mat rempit
Anggota polis berusia 33 tahun itu patah pada tulang rusuk kiri, bengkak kaki kiri, gegaran di kepala dan luka di badan.
Padah 'rem' ekzos bising, pelajar kena tolak motor 3.5km ke balai
Sebahagian remaja yang ditahan itu dipercayai merupakan pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di Bukit Sentosa.
'Mat rempit' dibawa solat Subuh berjemaah selepas motosikal disita
Seramai 14 'mat rempit' dibawa untuk bersama menunaikan solat Subuh berjemaah selepas ditahan dalam Operasi Pencegahan Samseng Jalanan di Lebuhraya Guthrie pada Sabtu.
Trend motosikal tiada brek belakang semakin membimbangkan
Trend mengubah suai motosikal dengan menanggalkan brek belakang semakin membimbangkan dengan rata-rata penunggangnya memberikan alasan kononnya perbuatan itu dapat melajukan kenderaan.
50 motosikal disita dalam operasi bendung samseng jalanan
Polis menyita sebanyak 50 motosikal dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, di sini awal pagi tadi.
Polis sita 16 motosikal, keluar 74 saman dalam Op Samseng Jalanan
Polis menyita sebanyak 16 buah motosikal dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) dan Seberang Jaya.
JPJ sita 45 motosikal dalam operasi khas di BORR
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 45 motosikal dalam Ops Khas Motosikal di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini, yang bermula awal hari ini.
Op Khas Samseng Jalanan: Polis sita 36 motosikal di Pulau Pinang
Polis menyita 19 motosikal dan sebuah kereta dalam operasi bersepadu Op Khas Samseng Jalanan di daerah Barat Daya, di sini, yang bermula 10 malam tadi hingga 6 pagi hari ini.
Mat rempit lengkap berbaju raya antara ditahan
Tujuh motosikal disita manakala 20 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan sekitar Daerah Barat Daya, pada Sabtu.
Mat rempit keluar kebun sawit lapar, rindu juadah hari raya
Lapar dan rindu juadah hari raya menyebabkan seramai 57 mat rempit yang bersembunyi dalam kawasan semak dan kebun kelapa sawit 'menyerah diri' selepas dikejar polis.